Connect with Facebook

Pricing List Presentation (Brunei & Singapore) Retail Price

Body Mass Index (BMI)

RX Products Customer Testimonies

Do Water Have Souls?

Pelan Pemasaran World Wellness Network (WWN)

Rx Water Testimony by Dato Dr. Noordin Darus

Perkongsian Kisah Dato Dr. Noordin Darus

Sucikah Air Kita.....

Adakah Penapis Air yang ada di pasaran boleh SUCI-kan air kita? (Soalan untuk pengguna Islam)

Satu soalan yang menarik, bukan? Banyak jenama penapis di luar sana seperti Bio  A_ _ _, El_ _ _, Di_ _ _ _ _, Dr. S_ _ _ _ _, (masing2 dari Taiwan, U.S, Korea, Jepun) dan lain-lain mendakwa sistem penapisan/perawatan air mereka boleh membersihkan air yang datang ke rumah kita dari racun, Klorin, bacteria, lumpur, toksin dan lain-lain kerana mereka mempunyai pelbagai bahan keperti KDF, Seramic bermutu tinggi, Nano Silver, Far Infra Red (FIR), Activated Carbon dan lain-lain sehinggakan air yang akan keluar nanti benar-benar bersih dari pelbagai bahan cemar selain menghaluskan air tersebut sambil mempunyai unsur alkali dan lain-lain. Malah ada yang menggunakan teknologi Reverse Osmosis (R.O) yang mana air yang keluar benar-benar bersih tanpa ada langsung bahan mineral. Kebanyakan penapis di pasaran mempunyai sampai 6 kartrij untuk membuktikan yang ‘gerenti’ air yang keluar nanti betul2 bersih.

Ingat konsep yang kita perlu pakai dalam Islam iaitu bersih dan kemudian SUCI. Ini bermakna bersih sahaja tidak mencukupi, ia perlu SUCI sebelum boleh digunakan. Kerana air yang bersih tidak boleh menyucikan, hanya air yang Suci sahaja boleh menyucikan dan ‘benchmark’ kita mestilah Air Zam-Zam, air yang terbaik di dunia. Renungkan fakta ini:
  • Pertama, kebanyakan bahan kartrij Seramik yang digunakan oleh jenama-jenama penapis di pasaran adalah diperbuat dari Tulang Haiwan dan supplier utamanya adalah dari China. (Sila rujuk di http://rx-terapiaura.blogspot.com/2010/01/berhati-hatilah-kita.html). Jadi berhati-hatilah bila membeli alat penapis air yang berasal dari negara-negara luar. Perkara ini dibongkar sendiri oleh Dr. Noordin Darus. (Cuba anda fikirkan & cari mana satu penapis air yang 100% dikeluarkan dari Negara Islam? Ada tak? Tak ada bukan)
  • Sedar atau tidak, Malaysia adalah antara pengeksport daging Babi TERBESAR DI ASIA. Malah negara China & Singapura juga mengimport daging babi dari Malaysia untuk menampung keperluan rakyatnya. Pada April 2008, Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan mengeksport daging Babi ke China dibuat kerana harga daging Babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia. Percaya atau tidak, sekarang ini, Malaysia telahpun menjadi pengeksport daging Babi terbesar di Asia.“Statistik 2008 menunjukkan jumlah Babi di Malaysia berjumlah 2.6 juta ekor tetapi babi boleh ditingkatkan pengeluarannya dengan cepat. Pada tahun ini (2009), jumlahnya mencecah 4 juta ekor kesemuanya dari beratus-ratus kandang ternakan Babi di seluruh Negara. “Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh melahirkan 11 ekor anak. “Mungkin sebab itu para penternak merancang terlebih dahulu dengan syarikat China kerana mereka tahu jumlah babi boleh ditingkatkan dalam masa yang singkat,’’ katanya. Cukuplah dengan pelbagai masalah yang dibawa oleh haiwan jijik ini, dari Virus Nipah, ke penyakit dari Virus J.E dan sekarang ini, Virus H1N1, memang tak patut sebuah negara Islam yang disegani seperti Malaysia menjadi Pengeksport Babi Terbesar di rantau ini. Bukan itu sahaja, najis babi juga digunakan sebagai baja Organik untuk ladang sayur, sisa dagingnya menjadi makanan ikan ternakan serta tulangnya diproses menjadi bahan penapis air seramik & sebagainya. Cuba lihat keratan akhbar di bawah ini dan makhluk yang di sebelahnya, kenal tak? Ini bukan gambar di Negara China tau. Tahu tak, ke mana sisa buangan najis babi ini pergi? Dari beratus-ratus kandang babi di seluruh Malaysia, najis & sisa buangan dari ternakan ini disalirkan ke sungai-sungai kita dan sungai2 ini bersambungan antara satu sama lain dan terus ke sistem saliran kita dan ke Reservoir  kita. Memang betul ada sistem untuk rawat air di reservoir ini sebelum dibekalkan ke RUMAH KITA untuk diguna tetapi tak mungkin dapat menyucikan najis berat ini melainkan hanya satu bahan sahaja - TANAH LIAT.




Ingat, zat najis berat ini tidak boleh dan tidak akan boleh dileraikan atau diSUCIkan dengan hanya bahan2 seramik, KDF, Karbon Aktif, Nano Silver ,FIR, Batuan Organik dan entah apa-apa lagi bahan-bahan canggih yang ada dalam banyak sistem penapis air di pasaran atau yang anda telah beli di rumah. Tetapi hanya boleh disucikan oleh satu unsur sahaja -  TANAH LIAT.



Sekarang, sudah menjadi kewajipan untuk kita memasang satu sistem penyaringan air yang sampai ke rumah kita yang boleh menyucikan air tersebut. Sekarang marilah kita cari sistem penapisan yang diperbuat di Negara Islam, oleh orang Islam, yang mempunyai bahan Tanah liat yang SUCI lagi menyucikan selain menggunakan bahan-bahan yang bukan sahaja perlu suci, Halal tetapi tiada unsur Syubahah (seperti bahan Seramik dari Tulang haiwan). Rasa-rasanya macam takde kan? Jangan risau & jangan putus harap pada Rahmat Ilahi. Ketentuan nya pasti akan menyebelahi kita. Allah tidak akan menurunkan masalah tanpa menunjukkan jalan penyelesaiannya. Akan tetapi setelah Allah menunjukkan jalan penyelesaiannya, janganlah pula kita tidak ambil hirau tentangnya kerana Allah mentakdirkan kita tahu melalui perantaraan seseorang untuk menyelamatkan kita, maka wajib kita bertindak & menyampaikan kepada saudara Muslim kita yang lain pula. Dengan keinsafan & keikhlasan, marilah saya kenalkan Sistem Perawatan Air & Terapi  Rx-Water :-





Rx-Water adalah satu-satunya Sistem Perawatan Air ber-Terapi di Dunia yang dicipta oleh Doktor pakar beragama Islam iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Bukan sahaja pencipta produk ini unik, malah, kisah bagaimana terciptanya Rx-Water juga unik kerana ianya datang dari Ilahi di mana Dr. Noordin mendapat ilham dari Ilahi semasa sedang bergelut dengan Kanser Darah, Lymphoma yang dideritainya pada bulan April, tahun 2001 dulu sedangkan beliau diberitahu yang beliau hanya ada dalam 3 ke 4 bulan sahaja untuk hidup. Setelah banyak berdoa, bermunajat & memohon petunjuk dari Allah, beliau diberi ilham oleh Allah tentang satu jenis unsur Tanah Liat dan perantaraan air yang beliau kaji, cari dan dapatkan bahan tersebut. Semuanya seakan dipermudahkan untuk beliau. Kemudian beliau buat ‘prototaip’ sendiri di belakang rumahnya untuk kegunaannya sendiri. Setelah diminum, beliau seakan-akan kenal rasa air tersebut walaupun belum pernah meminumnya sebelum itu. Beliau telah dapat ‘recover’ dengan cepat sekali sehingga memeranjatkan seluruh ‘warga’ Hospital Universiti tempat beliau dirawat. Setelah sembuh, beliau rasa bertanggungjawab untuk membantu umat Islam lain dengan penemuan beliau. 

Semasa mencipta sistem ini, beliau telah membongkarkan bahawa bahan Seramik dalam banyak alat penapis air di pasaran diperbuat dari tulang haiwan, namun beliau bertungkus lumus mencari bahan suci iaitu seramik yang diperbuat dari Batu Seramik asli yang bermutu tinggi. Bahan Tanah Liat yang ditemukan oleh Dr.Noordin ini terdapat pada kartrij no 4 (cuba lihat gambar di atas). Rx-Water mempunyai 4 kartrij sahaja tetapi mempunyai 8 tahap saringan. Dr. Noordin tidak mahu menurut taktik pengeluar penapis air lain yang sampai 6 atau 7 kartrij supaya pengguna perlu sering tukar dan dengan itu mereka sentiasa ada repeat sales. Yang peliknya pula, air Rx-Water yang keluar dari kartrij ke 4 ini selain menjadi SUCI, ia mempunyai semacam satu medan Tenaga pusaran ‘arah lawan jam’ yang hanya ada pada Air Zam-Zam & air-air hidup berpenawar di beberapa tempat sahaja di dunia. Medan Tenaga ini apabila masuk ke dalam tubuh kita rupa-rupanya boleh membangkitkan (rejuvenate) Self Healing System sel kita iaitu Sistem penyembuhan semulajadi tubuh dan beliau yakin tenaga ini adalah antara sebab utama mengapa beliau boleh sembuh. Ada cara (demo) untuk melihat Medan Tenaga ini dan anda pasti akan terpegun (insyaAllah, saya boleh tunjukkan).

Setelah sembuh sepenuhnya dan mencubanya pada keluarga & rakan-rakan yang menghadapi pelbagai masalah penyakit, Dr. Noordin rasa bertanggung untuk menghasilkan sistem alat penapis air yang boleh dipasarkan untuk digunakan oleh semua. Dan kini, ia telah terjual lebih 50,000 unit di seluruh Negara (termasuk di Indonesia, Singapura & Brunei) termasuk ramai orang-orang ternama. Inilah Anugerah Ilahi kepada sesiapa sahaja yang Ia izinkan untuk manfaat seluruh umat Islam.








Jadi, mahukah anda menerima Anugerah ini? Mudah sahaja, dapatkan Rx-Water untuk rumah anda dan sampaikan maklumat ini kepada semua orang Islam yang anda kenal kerana setelah anda telah tahu fakta ini, telah menjadi kewajipan pada anda pula untuk memberitahu orang lain. Sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan ‘part’ saya, semoga saya tidak akan ditanya di Akhirat kelak setelah sampainya pengetahuan ini kepada saya. Sesiapa yang telah jadi ejen/distributor penapis air jenama2 lain, masih belum terlambat, kembalilah ke pangkal jalan. Pilihan di tangan anda. Jika anda tidak percaya, hubungilah saya, akan saya buktikan, dengan izin Allah. Bawalah air dari penapis anda dan saya akan tunjukkan perbezaannya. Jangan risau, saya adalah sahabat, bukan pesaing anda. Tak perlu sangsi, tiada gimik atau sentiment, hanya sekadar menyampaikan apa yang baik untuk semua saudara se-Tauhid & se-Iman.

Berhati-hatilah Kita...






Berhati-hati penapis Seramik dari bahan ‘Tulang Haiwan’


Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta  bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem  penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya. Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air. 


Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir. Ramai juru jual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini. Dr. Noordin menyedari dan menginsafi perkara ini dan memberikan alternatif kepada para pengguna Islam untuk memilih sistem beliau, Rx-Water yang beliau reka sendiri dengan menggunakan bahan Seramik yang diperbuat dari Batu bermutu tinggi. Ia lebih Selamat & Suci.




Bagaimana Nak Mengenal bahan Seramik dari Tulang?


Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut. Buka alat kartrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda (cuba lihat gambar di bawah/kiri), ini bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.



Gambar 1



Gambar 2


Gambar 1 menunjukkan keadaan kotoran yang terkumpul pada bahan Seramik RxWater selepas 2 bulan dipasang dan cubalah bandingkan dengan katrij Seramik pada Gambar 2 yang baru di sebelahnya. Inilah yang menyelamatkan Ginjal kita. Jika tidak disaring, segala kotoran ini akan terpaksa perlu ditapis di Ginjal kita. Tak hairanlah mengapa begitu ramai pesakit Ginjal di Negara kita dan semakin banyak pula pusat-pusat Dialisis setempat perlu diwujudkan untuk menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Salah satu sebab utamanya ialah kualiti air kita.


Cubalah renungkan, hampir 90%  alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan, Jepun & Korea (walaupun Managing Director di cawangan Malaysia adalah orang Melayu dan ejen-ejen nya juga ramai orang Melayu). Malah produk penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan. Sistem rawatan Air berAura Rx-Water adalah satu-satunya sistem dalam sejarah yang dihasilkan oleh seorang Doktor Pakar Muslim (Yang Berbahagia Dato Dr. Noordin Darus) yang mana beliau sendiri mengharungi penyakit Kanser yang serius dan diberi ilham oleh Ilahi untuk menghasilkan inovasi sistem ini untuk dirinya sendiri pada mulanya (sehingga beliau sembuh) dan kemudian dimanfaatkan oleh orang lain. Dan syarikat yang beliau asaskan untuk memasarkan inovasi beliau ini adalah 100% milik penuh orang Bumiputera Islam yang membayar Zakat. 


SESUATU YANG BAGUS ITU BUKAN HANYA PERLU BAIK, TETAPI JUGA ‘BENAR’, Renung-renungkanlah.....




Ikhlas Dari Meja Blogger

Memahami Ilmu Air......

Perlu diingat bahawa Air yang terbaik di dunia ialah Air Zam-Zam manakala air yang terbersih di dunia ialah air Reverse Osmosis (R.O). Apakah maksudnya? Air sebenarnya mempunyai ‘Roh’ & Perasaan. ‘Wajah’ air yang ‘hidup’ bertukar-tukar mengikut pendedahan pada persekitarannya. Air hujan, air matair, air perigi, air sungai adalah air hidup walaupun pada hakikatnya ia mungkin nampak tidak berapa bersih. Akan tetapi, ada 6 tempat di dunia ini yang Allah S.W.T kurniakan pada ‘air hidup’ ini yang mempunyai kesan penawar yang menakjubkan. Antaranya ialah telaga Zam-Zam, Air Terjun Okinawa (Jepun), Air mata air di Hunza (Pakistan), di Equador dll. 


Air yang Hidup mempunyai sifat boleh ‘Mengingat atau Merakam’, ‘Menyimpan’ & ‘Memindahkan’ dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum. Bagi umat Islam, istilah bersih adalah yang kedua atau ketiga penting. Yang paling penting ialah ianya perlu SUCI dan diberkati.








Sifat Air Hidup ini telah ditemukan secara saintifik oleh seorang Saintis terkemuka dunia dalam ilmu air  iaitu Dr. Masaru Emoto yang mengkaji reaksi wajah air atau molekul kristal air yang berubah-ubah setelah didedahkan pada muzik rock, lagu-lagu lembut, kata-kata yang buruk, ucapan Terima Kasih, bacaan Al-Quran dan malah gambar  Kaabah yang ditampalkan/dipaparkan pada bekas balang berisi air tersebut. Cuba lihat gambar2 berikut yang dimuatkan di dalam buku beliau yang terkini, ‘The Miracle Of Water’:














  













Wajah air yang diucapkan dengan perkataan yang baik atau penghormatan, menunjukkan wajah kristal yang cantik manakala wajah kristal dari air yang sama akan menjadi hodoh & terpencar jika ditunjukkan perkataan, paparan atau bunyi yang buruk.


Dr. Emoto sangat kagum dengan masyarakat Islam yang begitu menghargai & menggunakan air dalam pelbagai aspek selain sebagai egen penyucian/Taharah, berwudu’, perawatan/Terapi dan malah orang-orang Islam yang meninggal dunia pun sebelum dikebumikan akan dimandikan dahulu. Beliau juga sangat kagum dengan kristal air Zam-Zam yang dianggapnya paling unik di antara mana-mana sampel kristal air yang pernah dikajinya.


Cubalah ke link video ini :-


(sila tekan Ctrl & click pada link tersebut) untuk melihat kristal-kristal air yang didedahkan pada Asmaul-Husna, Basmallah, kristal air Zam-Zam dan sebagainya dalam satu siri TV di Mesir dengan Dr. Emoto sendiri.


Di rantau kita ini, memang susah hendak mendapatkan bekalan air hidup berpenawar ini sepanjang masa. Jika kita hendak gunakan untuk Terapi, sekurang-kurangnya kita memerlukan 2.5L air itu setiap hari dan diminum berserta doa. Sudah banyak kes Kanser & penyakit-penyakit lain yang sudah sembuh dengan menggunakan air Zam-Zam secara berterusan sebagai Terapi. Cuma tiada datanya sahaja. Semuanya ini dengan izin & kehendak Ilahi. Walaupun begitu, tidak mudah untuk mendapat bekalan air tersebut dalam jumlah yang banyak setiap hari. Akan tetapi kita bertuah kerana Dr. Noordin Darus telah menemukan sejenis bahan tanah liat yang diperolehi dari ilham yang dikurniakan Allah semasa bertarung dengan Kanser Darah pada tahun 2001 dulu. Beliau juga tidak menyangka yang air bersih yang melalui tanah liat tersebut mempunyai semacam unsur ‘Medan Tenaga’ seakan-akan air Zam-Zam & air berpenawar lain yang boleh membangkitkan (rejuvenate) sistem penyembuhan semulajadi Tubuh. Sifat unik ini tidak terdapat dalam mana-mana air pun dari mana-mana sistem penapis yang ada di dalam pasaran.  Air yang keluar dari bahan unik ini juga adalah air ‘Hidup’ yang dibersihkan dengan ‘Memori’ baru (kerana sepanjang perjalanan air itu ke rumah kita, ia telah terdedah dengan banyak perkara yang negatif). Dengan izin Allah, beliau akhirnya sembuh dari Kanser dan telah membantu ramai lagi yang menderita pelbagai penyakit.

Beliau telah merekacipta satu sistem yang nampaknya seperti alat ‘penapis’ air biasa tetapi sebaliknya adalah satu sistem perawatan air yang mempunyai kesan Terapi yang menakjubkan & bahan Tanah Liat & Aura Converter tersebut diletakkan pada Kartrij keempat. Beliau menamakannya Rx-Water dan telah terjual lebih 50 ribu unit & membantu beratus ribu manusia. Oleh itu, perlu diingat bahawa Rx-Water bukan hanya ‘penapis air’ tetapi adalah ‘Aura Converter’ atau Sistem Terapi Penyembuh Aura.














Itulah yang membezakan RX-Water dengan mana-mana sistem penapisan atau rawatan air di pasaran. Ia adalah air hidup (yang bersih & disucikan) yang boleh  membangkitkan sistem penyembuhan semulajadi tubuh berbanding dengan sistem lain yang hanya membekalkan ‘air bersih’.














Ikhlas Dari Meja Blogger.....



RX-Lite Campaign







RxWater - Terapi Air Penyembuh Aura