Connect with Facebook

Sucikah Air Kita.....

Adakah Penapis Air yang ada di pasaran boleh SUCI-kan air kita? (Soalan untuk pengguna Islam)

Satu soalan yang menarik, bukan? Banyak jenama penapis di luar sana seperti Bio  A_ _ _, El_ _ _, Di_ _ _ _ _, Dr. S_ _ _ _ _, (masing2 dari Taiwan, U.S, Korea, Jepun) dan lain-lain mendakwa sistem penapisan/perawatan air mereka boleh membersihkan air yang datang ke rumah kita dari racun, Klorin, bacteria, lumpur, toksin dan lain-lain kerana mereka mempunyai pelbagai bahan keperti KDF, Seramic bermutu tinggi, Nano Silver, Far Infra Red (FIR), Activated Carbon dan lain-lain sehinggakan air yang akan keluar nanti benar-benar bersih dari pelbagai bahan cemar selain menghaluskan air tersebut sambil mempunyai unsur alkali dan lain-lain. Malah ada yang menggunakan teknologi Reverse Osmosis (R.O) yang mana air yang keluar benar-benar bersih tanpa ada langsung bahan mineral. Kebanyakan penapis di pasaran mempunyai sampai 6 kartrij untuk membuktikan yang ‘gerenti’ air yang keluar nanti betul2 bersih.

Ingat konsep yang kita perlu pakai dalam Islam iaitu bersih dan kemudian SUCI. Ini bermakna bersih sahaja tidak mencukupi, ia perlu SUCI sebelum boleh digunakan. Kerana air yang bersih tidak boleh menyucikan, hanya air yang Suci sahaja boleh menyucikan dan ‘benchmark’ kita mestilah Air Zam-Zam, air yang terbaik di dunia. Renungkan fakta ini:
  • Pertama, kebanyakan bahan kartrij Seramik yang digunakan oleh jenama-jenama penapis di pasaran adalah diperbuat dari Tulang Haiwan dan supplier utamanya adalah dari China. (Sila rujuk di http://rx-terapiaura.blogspot.com/2010/01/berhati-hatilah-kita.html). Jadi berhati-hatilah bila membeli alat penapis air yang berasal dari negara-negara luar. Perkara ini dibongkar sendiri oleh Dr. Noordin Darus. (Cuba anda fikirkan & cari mana satu penapis air yang 100% dikeluarkan dari Negara Islam? Ada tak? Tak ada bukan)
  • Sedar atau tidak, Malaysia adalah antara pengeksport daging Babi TERBESAR DI ASIA. Malah negara China & Singapura juga mengimport daging babi dari Malaysia untuk menampung keperluan rakyatnya. Pada April 2008, Ketua Unit Penternakan Babi Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Beh Kim Hee berkata, cadangan mengeksport daging Babi ke China dibuat kerana harga daging Babi yang ditawarkan di ladang-ladang negara ini cukup kompetitif, malah antara yang termurah di Asia. Percaya atau tidak, sekarang ini, Malaysia telahpun menjadi pengeksport daging Babi terbesar di Asia.“Statistik 2008 menunjukkan jumlah Babi di Malaysia berjumlah 2.6 juta ekor tetapi babi boleh ditingkatkan pengeluarannya dengan cepat. Pada tahun ini (2009), jumlahnya mencecah 4 juta ekor kesemuanya dari beratus-ratus kandang ternakan Babi di seluruh Negara. “Haiwan itu boleh beranak tiga kali setahun dan setiap kali beranak, ia boleh melahirkan 11 ekor anak. “Mungkin sebab itu para penternak merancang terlebih dahulu dengan syarikat China kerana mereka tahu jumlah babi boleh ditingkatkan dalam masa yang singkat,’’ katanya. Cukuplah dengan pelbagai masalah yang dibawa oleh haiwan jijik ini, dari Virus Nipah, ke penyakit dari Virus J.E dan sekarang ini, Virus H1N1, memang tak patut sebuah negara Islam yang disegani seperti Malaysia menjadi Pengeksport Babi Terbesar di rantau ini. Bukan itu sahaja, najis babi juga digunakan sebagai baja Organik untuk ladang sayur, sisa dagingnya menjadi makanan ikan ternakan serta tulangnya diproses menjadi bahan penapis air seramik & sebagainya. Cuba lihat keratan akhbar di bawah ini dan makhluk yang di sebelahnya, kenal tak? Ini bukan gambar di Negara China tau. Tahu tak, ke mana sisa buangan najis babi ini pergi? Dari beratus-ratus kandang babi di seluruh Malaysia, najis & sisa buangan dari ternakan ini disalirkan ke sungai-sungai kita dan sungai2 ini bersambungan antara satu sama lain dan terus ke sistem saliran kita dan ke Reservoir  kita. Memang betul ada sistem untuk rawat air di reservoir ini sebelum dibekalkan ke RUMAH KITA untuk diguna tetapi tak mungkin dapat menyucikan najis berat ini melainkan hanya satu bahan sahaja - TANAH LIAT.




Ingat, zat najis berat ini tidak boleh dan tidak akan boleh dileraikan atau diSUCIkan dengan hanya bahan2 seramik, KDF, Karbon Aktif, Nano Silver ,FIR, Batuan Organik dan entah apa-apa lagi bahan-bahan canggih yang ada dalam banyak sistem penapis air di pasaran atau yang anda telah beli di rumah. Tetapi hanya boleh disucikan oleh satu unsur sahaja -  TANAH LIAT.



Sekarang, sudah menjadi kewajipan untuk kita memasang satu sistem penyaringan air yang sampai ke rumah kita yang boleh menyucikan air tersebut. Sekarang marilah kita cari sistem penapisan yang diperbuat di Negara Islam, oleh orang Islam, yang mempunyai bahan Tanah liat yang SUCI lagi menyucikan selain menggunakan bahan-bahan yang bukan sahaja perlu suci, Halal tetapi tiada unsur Syubahah (seperti bahan Seramik dari Tulang haiwan). Rasa-rasanya macam takde kan? Jangan risau & jangan putus harap pada Rahmat Ilahi. Ketentuan nya pasti akan menyebelahi kita. Allah tidak akan menurunkan masalah tanpa menunjukkan jalan penyelesaiannya. Akan tetapi setelah Allah menunjukkan jalan penyelesaiannya, janganlah pula kita tidak ambil hirau tentangnya kerana Allah mentakdirkan kita tahu melalui perantaraan seseorang untuk menyelamatkan kita, maka wajib kita bertindak & menyampaikan kepada saudara Muslim kita yang lain pula. Dengan keinsafan & keikhlasan, marilah saya kenalkan Sistem Perawatan Air & Terapi  Rx-Water :-





Rx-Water adalah satu-satunya Sistem Perawatan Air ber-Terapi di Dunia yang dicipta oleh Doktor pakar beragama Islam iaitu Dato Dr. Noordin Darus. Bukan sahaja pencipta produk ini unik, malah, kisah bagaimana terciptanya Rx-Water juga unik kerana ianya datang dari Ilahi di mana Dr. Noordin mendapat ilham dari Ilahi semasa sedang bergelut dengan Kanser Darah, Lymphoma yang dideritainya pada bulan April, tahun 2001 dulu sedangkan beliau diberitahu yang beliau hanya ada dalam 3 ke 4 bulan sahaja untuk hidup. Setelah banyak berdoa, bermunajat & memohon petunjuk dari Allah, beliau diberi ilham oleh Allah tentang satu jenis unsur Tanah Liat dan perantaraan air yang beliau kaji, cari dan dapatkan bahan tersebut. Semuanya seakan dipermudahkan untuk beliau. Kemudian beliau buat ‘prototaip’ sendiri di belakang rumahnya untuk kegunaannya sendiri. Setelah diminum, beliau seakan-akan kenal rasa air tersebut walaupun belum pernah meminumnya sebelum itu. Beliau telah dapat ‘recover’ dengan cepat sekali sehingga memeranjatkan seluruh ‘warga’ Hospital Universiti tempat beliau dirawat. Setelah sembuh, beliau rasa bertanggungjawab untuk membantu umat Islam lain dengan penemuan beliau. 

Semasa mencipta sistem ini, beliau telah membongkarkan bahawa bahan Seramik dalam banyak alat penapis air di pasaran diperbuat dari tulang haiwan, namun beliau bertungkus lumus mencari bahan suci iaitu seramik yang diperbuat dari Batu Seramik asli yang bermutu tinggi. Bahan Tanah Liat yang ditemukan oleh Dr.Noordin ini terdapat pada kartrij no 4 (cuba lihat gambar di atas). Rx-Water mempunyai 4 kartrij sahaja tetapi mempunyai 8 tahap saringan. Dr. Noordin tidak mahu menurut taktik pengeluar penapis air lain yang sampai 6 atau 7 kartrij supaya pengguna perlu sering tukar dan dengan itu mereka sentiasa ada repeat sales. Yang peliknya pula, air Rx-Water yang keluar dari kartrij ke 4 ini selain menjadi SUCI, ia mempunyai semacam satu medan Tenaga pusaran ‘arah lawan jam’ yang hanya ada pada Air Zam-Zam & air-air hidup berpenawar di beberapa tempat sahaja di dunia. Medan Tenaga ini apabila masuk ke dalam tubuh kita rupa-rupanya boleh membangkitkan (rejuvenate) Self Healing System sel kita iaitu Sistem penyembuhan semulajadi tubuh dan beliau yakin tenaga ini adalah antara sebab utama mengapa beliau boleh sembuh. Ada cara (demo) untuk melihat Medan Tenaga ini dan anda pasti akan terpegun (insyaAllah, saya boleh tunjukkan).

Setelah sembuh sepenuhnya dan mencubanya pada keluarga & rakan-rakan yang menghadapi pelbagai masalah penyakit, Dr. Noordin rasa bertanggung untuk menghasilkan sistem alat penapis air yang boleh dipasarkan untuk digunakan oleh semua. Dan kini, ia telah terjual lebih 50,000 unit di seluruh Negara (termasuk di Indonesia, Singapura & Brunei) termasuk ramai orang-orang ternama. Inilah Anugerah Ilahi kepada sesiapa sahaja yang Ia izinkan untuk manfaat seluruh umat Islam.








Jadi, mahukah anda menerima Anugerah ini? Mudah sahaja, dapatkan Rx-Water untuk rumah anda dan sampaikan maklumat ini kepada semua orang Islam yang anda kenal kerana setelah anda telah tahu fakta ini, telah menjadi kewajipan pada anda pula untuk memberitahu orang lain. Sekurang-kurangnya saya telah melaksanakan ‘part’ saya, semoga saya tidak akan ditanya di Akhirat kelak setelah sampainya pengetahuan ini kepada saya. Sesiapa yang telah jadi ejen/distributor penapis air jenama2 lain, masih belum terlambat, kembalilah ke pangkal jalan. Pilihan di tangan anda. Jika anda tidak percaya, hubungilah saya, akan saya buktikan, dengan izin Allah. Bawalah air dari penapis anda dan saya akan tunjukkan perbezaannya. Jangan risau, saya adalah sahabat, bukan pesaing anda. Tak perlu sangsi, tiada gimik atau sentiment, hanya sekadar menyampaikan apa yang baik untuk semua saudara se-Tauhid & se-Iman.

0 comments: