-
Showing posts with label Ilmu Air. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Air. Show all posts
Labels: Air Bersih, Ilmu Air
Perlu diingat bahawa Air yang terbaik di dunia ialah Air Zam-Zam manakala air yang terbersih di dunia ialah air Reverse Osmosis (R.O). Apakah maksudnya? Air sebenarnya mempunyai ‘Roh’ & Perasaan. ‘Wajah’ air yang ‘hidup’ bertukar-tukar mengikut pendedahan pada persekitarannya. Air hujan, air matair, air perigi, air sungai adalah air hidup walaupun pada hakikatnya ia mungkin nampak tidak berapa bersih. Akan tetapi, ada 6 tempat di dunia ini yang Allah S.W.T kurniakan pada ‘air hidup’ ini yang mempunyai kesan penawar yang menakjubkan. Antaranya ialah telaga Zam-Zam, Air Terjun Okinawa (Jepun), Air mata air di Hunza (Pakistan ), di Equador dll.
Air yang Hidup mempunyai sifat boleh ‘Mengingat atau Merakam’, ‘Menyimpan’ & ‘Memindahkan’ dan oleh itu mempunyai sifat Terapi. Manakala air yang sudah melalui proses R.O, Didihan, Deionize & Sulingan (distilled) & air kitar semula (NEW WATER) adalah air yang sudah dimatikan & sudah tiada lagi sifat Terapi walaupun ia sangat bersih & selamat diminum. Bagi umat Islam, istilah bersih adalah yang kedua atau ketiga penting. Yang paling penting ialah ianya perlu SUCI dan diberkati.
Sifat Air Hidup ini telah ditemukan secara saintifik oleh seorang Saintis terkemuka dunia dalam ilmu air iaitu Dr. Masaru Emoto yang mengkaji reaksi wajah air atau molekul kristal air yang berubah-ubah setelah didedahkan pada muzik rock, lagu-lagu lembut, kata-kata yang buruk, ucapan Terima Kasih, bacaan Al-Quran dan malah gambar Kaabah yang ditampalkan/dipaparkan pada bekas balang berisi air tersebut. Cuba lihat gambar2 berikut yang dimuatkan di dalam buku beliau yang terkini, ‘The Miracle Of Water’:
Wajah air yang diucapkan dengan perkataan yang baik atau penghormatan, menunjukkan wajah kristal yang cantik manakala wajah kristal dari air yang sama akan menjadi hodoh & terpencar jika ditunjukkan perkataan, paparan atau bunyi yang buruk.
Dr. Emoto sangat kagum dengan masyarakat Islam yang begitu menghargai & menggunakan air dalam pelbagai aspek selain sebagai egen penyucian/Taharah, berwudu’, perawatan/Terapi dan malah orang-orang Islam yang meninggal dunia pun sebelum dikebumikan akan dimandikan dahulu. Beliau juga sangat kagum dengan kristal air Zam-Zam yang dianggapnya paling unik di antara mana-mana sampel kristal air yang pernah dikajinya.
Cubalah ke link video ini :-
(sila tekan Ctrl & click pada link tersebut) untuk melihat kristal-kristal air yang didedahkan pada Asmaul-Husna, Basmallah, kristal air Zam-Zam dan sebagainya dalam satu siri TV di Mesir dengan Dr. Emoto sendiri.
Di rantau kita ini, memang susah hendak mendapatkan bekalan air hidup berpenawar ini sepanjang masa. Jika kita hendak gunakan untuk Terapi, sekurang-kurangnya kita memerlukan 2.5L air itu setiap hari dan diminum berserta doa. Sudah banyak kes Kanser & penyakit-penyakit lain yang sudah sembuh dengan menggunakan air Zam-Zam secara berterusan sebagai Terapi. Cuma tiada datanya sahaja. Semuanya ini dengan izin & kehendak Ilahi. Walaupun begitu, tidak mudah untuk mendapat bekalan air tersebut dalam jumlah yang banyak setiap hari. Akan tetapi kita bertuah kerana Dr. Noordin Darus telah menemukan sejenis bahan tanah liat yang diperolehi dari ilham yang dikurniakan Allah semasa bertarung dengan Kanser Darah pada tahun 2001 dulu. Beliau juga tidak menyangka yang air bersih yang melalui tanah liat tersebut mempunyai semacam unsur ‘Medan Tenaga’ seakan-akan air Zam-Zam & air berpenawar lain yang boleh membangkitkan (rejuvenate) sistem penyembuhan semulajadi Tubuh. Sifat unik ini tidak terdapat dalam mana-mana air pun dari mana-mana sistem penapis yang ada di dalam pasaran. Air yang keluar dari bahan unik ini juga adalah air ‘Hidup’ yang dibersihkan dengan ‘Memori’ baru (kerana sepanjang perjalanan air itu ke rumah kita, ia telah terdedah dengan banyak perkara yang negatif). Dengan izin Allah, beliau akhirnya sembuh dari Kanser dan telah membantu ramai lagi yang menderita pelbagai penyakit.
Beliau telah merekacipta satu sistem yang nampaknya seperti alat ‘penapis’ air biasa tetapi sebaliknya adalah satu sistem perawatan air yang mempunyai kesan Terapi yang menakjubkan & bahan Tanah Liat & Aura Converter tersebut diletakkan pada Kartrij keempat. Beliau menamakannya Rx-Water dan telah terjual lebih 50 ribu unit & membantu beratus ribu manusia. Oleh itu, perlu diingat bahawa Rx-Water bukan hanya ‘penapis air’ tetapi adalah ‘Aura Converter’ atau Sistem Terapi Penyembuh Aura.
Itulah yang membezakan RX-Water dengan mana-mana sistem penapisan atau rawatan air di pasaran. Ia adalah air hidup (yang bersih & disucikan) yang boleh membangkitkan sistem penyembuhan semulajadi tubuh berbanding dengan sistem lain yang hanya membekalkan ‘air bersih’.
Ikhlas Dari Meja Blogger.....
Labels: Ilmu Air
Subscribe to:
Posts (Atom)