Connect with Facebook

Berhati-hatilah Kita...






Berhati-hati penapis Seramik dari bahan ‘Tulang Haiwan’


Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta  bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem  penapis air yang terdapat di pasaran. Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air. Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya. Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air. 


Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir. Ramai juru jual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini. Dr. Noordin menyedari dan menginsafi perkara ini dan memberikan alternatif kepada para pengguna Islam untuk memilih sistem beliau, Rx-Water yang beliau reka sendiri dengan menggunakan bahan Seramik yang diperbuat dari Batu bermutu tinggi. Ia lebih Selamat & Suci.




Bagaimana Nak Mengenal bahan Seramik dari Tulang?


Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut. Buka alat kartrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda (cuba lihat gambar di bawah/kiri), ini bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang. Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.



Gambar 1



Gambar 2


Gambar 1 menunjukkan keadaan kotoran yang terkumpul pada bahan Seramik RxWater selepas 2 bulan dipasang dan cubalah bandingkan dengan katrij Seramik pada Gambar 2 yang baru di sebelahnya. Inilah yang menyelamatkan Ginjal kita. Jika tidak disaring, segala kotoran ini akan terpaksa perlu ditapis di Ginjal kita. Tak hairanlah mengapa begitu ramai pesakit Ginjal di Negara kita dan semakin banyak pula pusat-pusat Dialisis setempat perlu diwujudkan untuk menampung jumlah pesakit yang semakin meningkat. Salah satu sebab utamanya ialah kualiti air kita.


Cubalah renungkan, hampir 90%  alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan, Jepun & Korea (walaupun Managing Director di cawangan Malaysia adalah orang Melayu dan ejen-ejen nya juga ramai orang Melayu). Malah produk penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan. Sistem rawatan Air berAura Rx-Water adalah satu-satunya sistem dalam sejarah yang dihasilkan oleh seorang Doktor Pakar Muslim (Yang Berbahagia Dato Dr. Noordin Darus) yang mana beliau sendiri mengharungi penyakit Kanser yang serius dan diberi ilham oleh Ilahi untuk menghasilkan inovasi sistem ini untuk dirinya sendiri pada mulanya (sehingga beliau sembuh) dan kemudian dimanfaatkan oleh orang lain. Dan syarikat yang beliau asaskan untuk memasarkan inovasi beliau ini adalah 100% milik penuh orang Bumiputera Islam yang membayar Zakat. 


SESUATU YANG BAGUS ITU BUKAN HANYA PERLU BAIK, TETAPI JUGA ‘BENAR’, Renung-renungkanlah.....




Ikhlas Dari Meja Blogger

1 comments:

Anonymous said...

http://lumerkoz.edu Gloomy tales http://www.sqlprof.com/members/Buy-Inderal.aspx attest http://www.comicspace.com/clomid/ mathre http://riderx.info/members/Buy-Meridia-Online.aspx congratulate http://rc8forum.com/members/Buy-Protonix.aspx daysbailey medicion http://rc8forum.com/members/Buy-Zithromax.aspx grave